Friday, 8 December 2017
Saturday, 4 November 2017
Linangkit Tambunan
Benang yang digunakan untuk menyulam Linangkit Tambunan berwarna dua kombinasi atau empat kombinasi.
Sunday, 11 June 2017
Aksesori Baju Dusun Liwan Tuhawon
Aksesori Bagi Baju Tradisi Sinombiaka & Linongkitan
Bagi baju berlapis sinombiaka dan linongkitan antara aksesori atau perhiasan yang digunakan adalah;
1. Sunduk
- Penutup kepala yang diperbuat dari kain tenun.Satu sahaja.
2. Sinsing
- Perhiasan pinggang berbentuk cincin-cincin dari tembaga yang diikat dalam gelungan.Sebanyak 3 gelung.
3. Pinadang
- Tali pinggang manik yang dijahit pada kain bercorak segi tiga. Sebanyak 2 yang setiap satu dipakai di atas dan bawah sinsing.
4. Botungkat
- Tali pinggang dari syilling perak. Sebanyak satu.
Gambar ihsan dari Din Arif @ FB
Saturday, 4 February 2017
Bangkad Sinombiaka do Tambunan
Bangkad Sinombiaka atau baju Sinombiaka merupakan pakaian tradisi bagi semua suku Dusun di Tambunan. Baju ini tiada lengan dengan panjang sampai ke paras pusat pemakainya. Dihiasi dengan sulaman benang berwarna merah, kuning, jingga dan putih.
Saturday, 28 January 2017
Sinombiaka & Linongkitan, Dusun Liwan Tuhawon
Bangkad Sinombiaka dan Bangkad Linongkitan suku kaum Dusun Liwan-Tuhawon, Tambunan
Baju tradisi dari daerah Tambunan yang dipakai oleh suku Dusun Liwan-Tuhawon dinamakan sebagai bangkad Sinombiaka dan bangkad Linongkitan. Boleh dipakai secara berasingan atau berlapis. Hiasan baju dijahit manual menggunakan sulaman benang berwarna (tiada renda emas digunakan). Linangkit bagi baju Linongkitan mempunyai 4 warna.
bangkad = baju (istilah Dusun Liwan)

Subscribe to:
Posts (Atom)