Baju Linongkitan merupakan baju berlinangkit dari Tambunan. Baju ini berlengan panjang dan dijahit dengan sulaman linangkit di kedua-dua tepi baju dan pergelangan atas lengan berdekatan dengan bahu. Sulaman yang selebihnya iaitu di bahagian leher, dada dan pergelangan bawah lengan baju adalah sama dengan sulaman pada baju Sinombiaka. Baju Linongkitan dipakai sendirian atau dipasangkan dengan Sinombiaka. Kombinasi antara kedua-dua baju ini akan menyerlahkan penampilan si pemakai kerana sulaman baju kelihatan berlapis dan identikal. Antara perhiasan yang dipakai bersama dengan baju ini adalah botungkat, sinsing dan pinadang. Manakala sunduk iaitu penutup kepala dipakai untuk melengkapkan penampilan si pemakai. Pakaian ini dipakai semasa upacara perkahwinan, upacara membaca mentera oleh bobolian serta acara keramaian.
Sinombiaka om Linongkitan Tambunan
Sunday, 10 May 2020
Tuesday, 13 August 2019
Sulaman Belakang Baju Sinombiaka
Sulaman bahagian belakang merupakan ciri utama pada baju Sinombiaka. Namun demikian, sulaman ini diabaikan pada masa kini oleh pembuat-pembuat baju Sinombiaka sekarang. Usaha untuk memperkenalkan balik bahagian sulaman ini penting agar keaslian sinombiaka dapat dipulihkan...
Monday, 9 April 2018
Pinadang
Pinadang, perhiasan pinggang kaum suku Dusun Liwan Tambunan yang diperbuat dari manik dengan corak berbentuk segi tiga. Dipakai bersama Baju Lapoi atau Baju Linongkitan Tambunan. Cara memakai-: Dua utas tali pinggang Pinadang di pakai mengapit 3 utas Sinsing.
Wednesday, 21 March 2018
Friday, 8 December 2017
Saturday, 4 November 2017
Linangkit Tambunan
Benang yang digunakan untuk menyulam Linangkit Tambunan berwarna dua kombinasi atau empat kombinasi.
Sunday, 11 June 2017
Aksesori Baju Dusun Liwan Tuhawon
Aksesori Bagi Baju Tradisi Sinombiaka & Linongkitan
Bagi baju berlapis sinombiaka dan linongkitan antara aksesori atau perhiasan yang digunakan adalah;
1. Sunduk
- Penutup kepala yang diperbuat dari kain tenun.Satu sahaja.
2. Sinsing
- Perhiasan pinggang berbentuk cincin-cincin dari tembaga yang diikat dalam gelungan.Sebanyak 3 gelung.
3. Pinadang
- Tali pinggang manik yang dijahit pada kain bercorak segi tiga. Sebanyak 2 yang setiap satu dipakai di atas dan bawah sinsing.
4. Botungkat
- Tali pinggang dari syilling perak. Sebanyak satu.
Gambar ihsan dari Din Arif @ FB
Subscribe to:
Posts (Atom)