Sunday 10 May 2020

Bangkad Linongkitan

Baju Linongkitan merupakan baju berlinangkit dari Tambunan. Baju ini berlengan panjang dan dijahit dengan sulaman linangkit di kedua-dua tepi baju dan pergelangan atas lengan berdekatan dengan bahu. Sulaman yang selebihnya iaitu di bahagian leher, dada dan pergelangan bawah lengan baju adalah sama dengan sulaman pada baju Sinombiaka. Baju Linongkitan dipakai sendirian atau dipasangkan dengan Sinombiaka. Kombinasi antara kedua-dua baju ini akan menyerlahkan penampilan si pemakai kerana sulaman baju kelihatan berlapis dan identikal. Antara perhiasan yang dipakai bersama dengan baju ini adalah botungkat, sinsing dan pinadang. Manakala sunduk iaitu penutup kepala dipakai untuk melengkapkan penampilan si pemakai. Pakaian ini dipakai semasa upacara perkahwinan, upacara membaca mentera oleh bobolian serta acara keramaian.



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.